MARANG, 13 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri kerana telah membantu mempercepatkan projek pembinaan Kolej Matrikulasi di negeri ini.
"Alhamdulillah dapat meluncurkan (pembinaan) dan mengadakan Majlis Pecah Tanah, saya mulakan syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri kerana membantu menyelaraskan kegiatan ini dan mempercepatkan proses.
"Saya juga harap dengan kelulusan ini, ia dapat merealisasikan impian ini dan ini antara projek yang harus diletakkan sebagai projek kritikal, harus disegerakan ," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi di Bukit Payung di sini, hari ini.

"Saya ucap tahniah, ini menunjukkan bahawa bukan sahaja ketekunan pelajar, tetapi juga melalui kesedaran ibu bapa dan juga semangat guru-guru.
"Sesuai dengan semangat dan pencapaian itu, kita wujudkan satu Kolej Matrikulasi," ujar beliau.
Untuk rekod, pembinaan kolej matrikulasi di Terengganu sudah tertunggak sejak 2009 dan menjadikan Terengganu hanya satu-satunya negeri di Semenanjung yang tidak mempunyai kolej matrikulasi.

Tag :