Foto - Solahuddin Al-Idrus |
Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu berkata, kes kecurian motosikal semakin berleluasa akibat kecuaian pemilik.
"Kita perlu sentiasa memastikan kenderaan berkunci tidak kira masa dan tempat.
"Lebih-lebih lagi pencuri sudah berani mencuri pada waktu siang.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Majlis Sambutan Ambang Hari Kemerdekaan di Taman Shahbandar, kelmarin (29 Ogos).
Menurutnya, kerajaan sudah menyediakan ruang parkir motosikal di tempat awam termasuk stesen bas dan sebagainya.
"Bahkan ada pengawal yang akan bertugas untuk menjaga dan mengawasi sesuatu kawasan.
"Namun, sangat mendukacitakan apabila ada segelintir pengguna yang tidak memanfaatkan kemudahan yang ada dengan meletakkan kenderaan di tempat yang mudah dicerobohi," ujarnya.
Menyentuh tentang kemerdekaan, tambah beliau, kita harus menghayati dan mengambil pengajaran daripada sejarah lampau yang berlaku.
Beliau turut mengingatkan anak muda bahawa jalan raya bukan pentas untuk beraksi.
"Patuhi undang-undang dengan sebaiknya dan sambutlah dengan semangat cintakan tanah air," jelasnya.