Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
HULU TERENGGANU, 24 Disember – Projek pembangunan hotel di Pulau Poh, Tasik Kenyir yang telah mengambil masa lebih kurang sepuluh tahun dengan nilaian kos sebanyak RM97.4 juta itu akhirnya menghampiri peringkat akhir pembangunan dan dijangka mula beroperasi sekitar pertengahan tahun 2025.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pembinaan hotel itu sangat penting kerana ia merupakan salah satu komponen pembangunan di Tasik Kenyir selepas terbinanya jambatan ikonik sebelum ini di bawah projek ‘Kenyir Island Hopping’.
“Jadi hotel ini dianggap sebagai pelengkap kepada pelaksanaan projek-projek tersebut. Apatah lagi, Kenyir telah pun diisytiharkan sebagai ‘Geopark’ dan memerlukan satu ekosistem pelancongan yang lengkap.”, ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) berkata demikian kepada pihak pemberita semasa sidang media di dewan konvensyen hotel berkenaan, hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Tun Faisal berharap hotel itu bakal menarik lebih ramai pelancong ke Tasik Kenyir sekali gus menjadikanya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa utama di Malaysia.
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa pengurusan hotel bertaraf tiga bintang dengan ketinggian lapan tingkat itu akan dikendalikan oleh Terengganu Incorporated, anak Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu (GLC).
Dalam pada itu, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Encik Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun turut berkata bahawa projek susulan untuk membesarkan kawasan Kenyir Waterpark akan dijalankan setelah proses penyerahan hotel sulung di Tasik Kenyir itu selesai.
Justeru itu, dengan kepelbagaian prasarana dan kemudahan yang telah dibangunkan di sini pihak UPEN berharap prestasi sektor pelancongan di Tasik Kenyir dapat dipertingkat sekali gus menaikkan ekonomi masyarakat setempat.