'Bah' Gelombang Ketiga Landa Hulu Terengganu, Dua PPS Dibuka

KUALA TERENGGANU, 29 Disember - Hulu Terengganu menjadi daerah pertama dilanda banjir pada gelombang ketiga Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Gelombang 'bah' kali ini menyaksikan dua  pusat pemindahan sementara (PPS) mula dibuka bermula jam 6 petang.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 48 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di PPS Kampung Lubok Periuk dan Balairaya Kampung Peneh.

Berdasarkan laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, setakat jam 5.30 petang Ahad, Sg. Telemong di Kuala Ping (F1), menunjukan aras air sungai 19.95m iaitu melebihi aras bahaya sebanyak 0.25m.

Sementara itu, Sg. Berang di Kg. Menerong, aras air sungai adalah 25.33m iaitu melebihi aras bahaya sebanyak 0.83m.

 


Tag: