Kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus sebanyak RM1,500 kepada 6,230 penjawat awam di negeri ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata peruntukan keseluruhan kira-kira RM3.1 juta itu sebagai menghargai sumbangan penjawat awam negeri seperti yang dilakukan kerajaan persekutuan.
Katanya, pembayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan Januari tahun depan manakala RM500 akan dibayar menjelang Aidilfitri.
“Pembayaran secara terus itu turut melibatkan 1,326 imam dan bilal serta 1,701 untuk mereka yang bergelar guru pintar quran” katanya.
www.Terengganu.news
www.Terengganu.news