SHAH ALAM, 15 Ogos - Terengganu A dan Terengganu B berkongsi podium selepas masing-masing meraih pingat perak dan gangsa pada penutup acara bola tampar pantai lelaki SUKMA Selangor 2026 di Gelanggang Bola Tampar Pantai MBSA Seksyen 19, hari ini.
Terengganu A yang dibarisi Noraiman Shah dan Muhammad Isma Haziq terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 0-2 kepada Perak A pada aksi final.

Sementara itu, Terengganu B yang diwakili Muhammad Ashraf Baginda dan Muhammad Zuhairi meraih pingat gangsa selepas menewaskan Selangor B 2-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga.
Terengganu B terlebih dahulu tewas tipis 28-30 pada set pertama sebelum bangkit memenangi set kedua 21-15.

Pencapaian Terengganu B itu turut dianggap membanggakan apabila gandingan berkenaan bukan merupakan sasaran pingat bagi kontinjen negeri dalam saingan kali ini.