lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Taekwondo Tambah Dua Emas, Dua Perak Buat Terengganu
SUKMA 2026: Taekwondo Tambah Dua Emas, Dua Perak Buat Terengganu
Mohd Irsyadi Abu Bakar
1 jam yang lepas
35

SHAH ALAM, 15 Ogos- Skuad Taekwondo menyumbang dua pingat emas dan dua pingat perak pada hari kedua sukan Taekwondo dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.

Pingat emas Terengganu diraih menerusi Nur Aishah Nadhirah Ismail Mokhtar yang menang 2-0 ke atas petarung Negeri Sembilan dalam kategori bawah 53kg Wanita pada kejohanan yang berlangsung di IDCC Shah Alam di sini hari ini.

Manakala, emas kedua diperolehi Sara Nur Ibtisam Safawi dalam kategori bawah 62kg Wanita yang menumpaskan petarung Kelantan 1-0.
Taekwondo turut merangkul dua pingat perak, masing-masing menerusi atlet kebangsaan, Arun Raj Ram Bharat(bawah 74kg) dan Fu Chervyn (bawah 73kg).
Setakat ini, skuad Taekwondo telah menyumbang tiga pingat emas dan tiga perak bagi membantu kontinjen Terengganu dalam SUKMA Selangor 2026.


Tag :

Artikel Berkaitan