Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program pemeriksaan akan dilaksanakan secara Lautan Strategi Biru NBOS dengan melibatkan beberapa agensi Kerajaan Negeri serta kerjasama daripada Lembaga Pembangunan Penduduk, Keluarga dan Negara (LPPKN).
“Program pemeriksaan mamogram dan pap smear ini bertujuan untuk mengesan penyakit dengan awal, supaya tindakan segera dapat diambil sekiranya pesakit dikesan sebagai positif mengidap penyakit kanser.
“Sebagai permulaan, kerajaan negeri dengan ini bersetuju menyediakan peruntukan awal sebanyak RM500,000 bagi tujuan pemeriksaan percuma ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.-
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.
www.terengganu.news