Bajet 2019 : Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring Siap Tahun 2020
![]() |
Dr Mamad (kiri) berucap menggulung perbahasan Enakmen Perbekalan 2019 di DUN Terengganu semalam. |
KUALA TERENGGANU, 27 November - Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring, Kuala Nerus dekat sini dijangka siap pada tahun 2020 lewat setahun dari tarikh sebenar.
![]() |
Dr Mamad (tengah) ketika membuat lawatan kerja ke ke Tapak Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring, Kuala Nerus baru-baru ini. |
Ketika dihubungi Dr Mamad yang juga ADUN Kuala Berang menjelaskan bahawa projek tersebut menelan belanja RM87 juta.
Projek itu dimulakan pada 15 Mac 2015 dan tarikh asal siap ialah 11 Mac 2018.
Ia dilanjutkan ke tarikh baru iaitu 16 September 2019 (selama 583 hari) kerana belum selesai pengambilan balik tanah.
Kontraktor bagi projek ini ialah GPQ Sdn Bhd .
Dr Mamad berkata jumlah keseluruhan pengambilan balik tanah ialah 232 lot. Pejabat Tanah telah selesai siasat sebanyak 211 lot tanah.
Sebanyak 91 lot tanah telah selesai dibuat pembayaran manakala 120 lot lagi belum selesai dibayar.
Sementara 22 lot tanah lagi ditangguhkan kerana terlibat dengan perubahan rekabentuk 'West Bund' No. 2.
Penyelesaian pembayaran 120 lot tanah itu memerlukan peruntukan sebanyak RM16.9 juta.