lightning-solid
Berita :

Artikel "Sidang DUN" Terkini

Belanjawan 2026 Kukuhkan Terengganu Negeri Paling Bahagia
Belanjawan 2026 Kukuhkan Terengganu Negeri Paling Bahagia
KUALA TERENGGANU, 13 November - Terengganu akan terus mengekalkan kedudukan menjadi negeri paling bahagia melalui inisiatif yang telah diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2026 oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, inisiatif yang telah dikemukakan amat bertepatan bagi memastikan Terengganu bukan sahaja maju dari sudut pembangunan fizikal tetapi juga melalui pembinaan akhlak, moral dan kesejahteraan spiritual rakyat.Katanya, melalui apa yang telah digariskan dalam belanjawan terbabit akan memastikan Terengganu akan menjadi negeri paling bahagia melalui keseimbangan hidup duniawi dan ukhrawi."Inisiatif seperti Kempen Kesedaran Jenayah (sivil dan syariah) akan memberi kefahaman kepada rakyat mengenai undang-undang serta tanggungjawab mereka agar lebih peka terhadap hukum dan terhindar daripada perkara yang membawa mudarat."Selain itu pengubalan enakmen berkaitan kesalahan jenayah syariah dalam talian yang dipertingkat juga akan membolehkan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara efektif," ujarnya ketika berucap pada sesi penggulungan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.Dalam pada itu, Khalil berkata penubuhan Jawatankuasa Pematuhan Garis Panduan Syariah Negeri Terengganu akan memastikan setiap aktiviti, program dan dasar kerajaan negeri selaras dengan prinsip syariah dan nilai Islam."Bagi membina masyarakat yang berdisiplin, berakhlak mulia dan sejahtera."Kesemua usaha ini dijalankan secara bersepadu bersama agensi-agensi kerajaan terbabit," jelas beliau.
5 jam yang lepas
122
Lima Kluster Pelancongan Terengganu Diperkukuh Sasar Lebih Ramai Pelancong
Lima Kluster Pelancongan Terengganu Diperkukuh Sasar Lebih Ramai Pelancong
KUALA TERENGGANU, 13 November - Terengganu akan memperkukuhkan lima kluster pelancongan utama iaitu Pulau  dan Pantai, Kenyir Geopark, Seni, Budaya dan Warisan Alam Semula Jadi untuk memacu pertumbuhan pelancongan negeri bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini menjelang tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata ia merupakan antara langkah utama yang dilakukan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 bagi memperkukuh daya saing sektor pelancongan di negeri ini.Menurut beliau, antara langkah lain yang akan digerakkan adalah denagn turut melakukan peningkatan infrastruktur pelancongan dengan menaik taraf kemudahan awam seperti pantai, laluan pejalan kaki, tandas dan sistem pengangkutan demi menjadmi keselesaan pengunjung serta menaikkan imej negeri."Golongan pengusaha kecil seperti pemilik 'homestay', pengendali bot, pemandu pelancong dan usahawan kraftangan (pula) akan diberikan latihan, geran sokongan dan bantuan pemasaran digital."Promosi pelancongan (juga) akan diperkukuh melalui platform, media sosial dan kerjasama dengan agensi tempatan serta antarabangsa, untuk itu sebuah portal promosi akan dilancarkan dalam masa terdekat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganui, di sini, semalam.Mengulas lebih lanjut, Razali berkata pembangunan pelancong di negeri ini akan berteraskan prinsip ekopelancongan bagi memelihara alam sekitar dan melibatkan komuniti setempat."Bagi tahun melawat Malaysia 2026, negara menyasarkan kehadiran 47 juta pelawat dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM329 bilion."Penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 akan menjadi landasan strategik ke arah kejayaan Tahun Melawat Terengganu 2027 dengan memanfaatkan momentum dan semangat kempen nasional tersebut," katanya.
6 jam yang lepas
87
ADUN Telemong Pohon Peruntukan Tambahan Bina Semula Masjid Uzur
ADUN Telemong Pohon Peruntukan Tambahan Bina Semula Masjid Uzur
KUALA TERENGGANU, 12 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Mohd Zawawi Ismail, memohon supaya kerajaan negeri memberi pertimbangan tambahan bagi membina semula masjid-masjid uzur di seluruh DUN Telemong.Menurut beliau, sebanyak 16 buah masjid di kawasan Telemong kini berada dalam keadaan uzur, namun hanya satu yang telah diluluskan untuk pembinaan baharu setakat ini."Telemong berharap diperkasakan masjid kerana masih terdapat 16 buah masjid yang uzur di seluruh DUN Telemong, dan kami merayu supaya Menteri Besar mempertimbangkan semula pembinaannya, bukan kerana tamak, tetapi kerana keadaannya benar-benar memerlukan perhatian," katanya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Enakmen Perbekalan 2026 di Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini.Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas kelulusan pembinaan Masjid Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong, yang disifatkan sebagai hasil penantian panjang rakyat setempat."Telemong mengucapkan terima kasih kerana Masjid Kubang Palas diluluskan pembinaannya."Selepas melalui proses yang sangat lama, lepas empat Perdana Menteri barulah lulus, rakyat Telemong sangat bersyukur," tambahnya.Terdahulu, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2026 semalam, mengumumkan cadangan pembinaan Masjid Kampung Kubang Palas yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan.
18 jam yang lepas
412
Terengganu Tingkat Penguatkuasaan Kawalan Hiburan Tanpa Pendekatan Ekstrem
Terengganu Tingkat Penguatkuasaan Kawalan Hiburan Tanpa Pendekatan Ekstrem
KUALA TERENGGANU, 12 November – Kerajaan Terengganu menegaskan komitmen untuk memperkukuh kawalan terhadap aktiviti hiburan di negeri ini, namun dengan pendekatan seimbang tanpa bersikap ekstrem atau menolak perkara yang menjadi fitrah dan minat masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata langkah itu dilaksanakan bersama portfolio Kerajaan Tempatan bagi memastikan setiap program dan aktiviti hiburan diurus selaras dengan prinsip syariah Islam.Menurutnya, usaha tersebut bukan bertujuan menyekat hiburan sepenuhnya, sebaliknya memastikan ia dijalankan dengan adab dan nilai Islam, agar selari dengan budaya masyarakat Terengganu yang berpegang kepada ajaran agama.“Kita tidak menolak hiburan kerana ia adalah fitrah manusia, tetapi hendaklah dikawal agar tidak melampaui batas. “Langkah ini sejajar dengan tema ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ supaya rakyat hidup dalam suasana berkat, aman, dan sejahtera,” katanya.Dr. Khalil berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan 2026 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini.Beliau berkata, kerajaan negeri sedang meneliti semula semua garis panduan dan kelulusan berkaitan penganjuran program hiburan bagi memastikan setiap acara mematuhi prinsip syariah serta tidak menjejaskan moral masyarakat, khususnya golongan muda.Dr. Khalil turut menegaskan bahawa melalui penguatkuasaan bersepadu dan kempen kesedaran berterusan, masyarakat akan lebih memahami nilai syariah dan berdisiplin dalam menikmati hiburan yang sihat.“Semua usaha ini dilaksanakan dengan penuh tekad bagi memastikan rakyat Terengganu hidup dalam keharmonian, selamat dan berdisiplin, berpaksikan prinsip Islam sebagai panduan pentadbiran negeri,” jelasnya.Tambahnya lagi, penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan melalui kerjasama rapat antara Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Pejabat Mufti Negeri Terengganu, Pihak Berkuasa Tempatan, serta agensi penguatkuasaan lain dan pengusaha hiburan.“Dengan pendekatan tidak ekstrem dan kerjasama semua pihak, kita yakin aktiviti hiburan dapat menjadi wadah membina akhlak generasi muda, memberi manfaat kepada masyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraan sosial rakyat Terengganu,” ujarnya.
18 jam yang lepas
196
Azbi Desak Naik Taraf Segera Jeti Kuala Besut
Azbi Desak Naik Taraf Segera Jeti Kuala Besut
KUALA TERENGGANU, 12 November – Kerajaan negeri digesa memberi perhatian serius terhadap keperluan menaik taraf kemudahan asas di Jeti Pelancongan Pekan Kuala Besut, yang menjadi pintu gerbang utama ke Pulau Perhentian.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh, berkata, kelewatan menaik taraf jeti berkenaan boleh menyebabkan Kuala Besut kehilangan kelebihan strategiknya kepada Jeti Tok Bali di negeri jiran, sekali gus menjejaskan ekonomi tempatan dan pendapatan pengusaha bot pelancong.“Saya mengharapkan penambahbaikan kemudahan asas di jeti pelancongan Pekan Kuala Besut dapat dilaksanakan segera. Jeti ini merupakan pintu gerbang pelancongan negeri, dan jika kita tidak bertindak, Kuala Besut akan terus berdepan persaingan daripada Jeti Tok Bali,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan Terengganu 2026, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu,  Wisma Darul Iman, semalam.Azbi turut menegaskan keperluan kerajaan negeri menggerakkan sinergi pelbagai pihak bagi menjayakan Tahun Melawat Terengganu 2027 dan memastikan kebersihan fasiliti, produk serta perkhidmatan pelancongan khususnya di Pulau Perhentian terus berada pada tahap tertinggi.Justeru itu, beliau turut menyeru agar pembangunan sektor pelancongan di Kuala Besut diberi perhatian menyeluruh kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada imej negeri, tetapi juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menjana hasil untuk rakyat setempat.
18 jam yang lepas
142
Terengganu Sasar 8.5 Juta Pelancong
Terengganu Sasar 8.5 Juta Pelancong
KUALA TERENGGANU, 12 November - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menyasarkan kehadiran 8.5 juta pelancong domestik dan antarabangsa pada tahun hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, Kalendar Acara Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu kini dalam fasa untuk dimuktamadkan dan bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini."Penganjuran pelbagai acara ini bertujuan menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan seterusnya mempromosikan Terengganu sebagai destinasi wajib singgah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman, hari ini.Dalam pada itu, Razali menzahirkan penghargaan dan mengiktiraf sumbangan besar pihak swasta dalam memajukan sektor pelancongan di negeri ini dengan penglibatan aktif pengusaha-pengusaha yang terlibat telah membantu memperkayakan produk dan pengalaman pelancongan dalam negeri."Sekali gus menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan dalam merancakkan industri pelancongan. Kerajaan negeri juga sentiasa membuka ruang kerjasama dan penyelarasan bersama pihak swasta melalui pelbagai sesi libat urus bagi memastikan promosi, pembangunan dan penyediaan kemudahan pelancongan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun."Jawatankuasa ini menyokong sepenuhnya pelaksanaan Tahun Melawat Terengganu 2027 serta penubuhan Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2027 melibatkan pihak swasta, penggiat industri, wakil komuniti dan pelbagai agensi berkaitan yang akan menjadi nadi utama dalam pelaksanaan strategi, koordinasi program dan promosi pelancongan negeri."Bagi memastikan kejayaan Tahun Melawat Terengganu 2027 dapat dicapai," ujarnya.
18 jam yang lepas
183
Terengganu Mahu Perkenalkan Aktiviti 'Night Life' Perkukuh Daya Tarikan Pasar Payang
Terengganu Mahu Perkenalkan Aktiviti 'Night Life' Perkukuh Daya Tarikan Pasar Payang
KUALA TERENGGANU, 13 November - Kerajaan negeri bercadang memperkenalkan aktiviti 'night life' bagi memperkukuh daya tarikan Pasar Kedai Payang untuk menjadikannya destinasi pelancongan berimpak tinggi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan bersama dengan peniaga-peniaga bagi meneliti kaedah terbaik untuk melaksanakan operasi perniagaan pada waktu malam."Dalam masa yang sama kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mempunyai perancangan untuk membangunkan 'Payang Central' yang terletak berhampiran Pasar Kedai Payang."Projek ini bakal menempatkan sebuah jeti utama yang berfungsi sebagai hab perkhidmatan bot pelancong termasuk laluan ke pulau-pulau peranginan seperti Pulau Redang, Pulau Lang Tengah dan Pulau Bidong,"ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap ketika sesi penggulungan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.Mengulas lebih lanjut, Razali berkata dengan adanya 'Payang Central' ia akan menjadi jeti utama bagi Daerah Kuala Terengganu."Sekali gus membolehkan penyelarasan jeti-jeti sedia ada demi memastikan pengurusan pelancongan marin yang lebih tersusun, selamat dan efisien,"jelasnya.
21 jam yang lepas
69
Dokumentari Khas Jatuh, Bangun Azizulhasni Awang Bakal Terbit Tahun Depan
Dokumentari Khas Jatuh, Bangun Azizulhasni Awang Bakal Terbit Tahun Depan
KUALA TERENGGANU, 12 November – Bagi menghargai jasa dan pengorbanan jaguh berbasikal negara, Dato' Mohd Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman, sebuah dokumentari khas mengenai perjalanan karier beliau kini sedang dalam proses penerbitan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Hishamuddin Abdul Karim, berkata dokumentari terbitan sebuah syarikat tempatan itu dijangka bakal ditayangkan pada suku ketiga tahun hadapan, sekali gus menjadi simbol penghargaan kepada ikon sukan kebanggaan Terengganu itu.Menurutnya, penerbitan dokumentari berjudul 'The Pulse' itu bertujuan memberi penghormatan kepada Azizul atas semangat juang luar biasa serta keupayaannya bangkit menghadapi pelbagai cabaran sepanjang kariernya di pentas antarabangsa.“Dokumentari ini diterbitkan oleh sebuah syarikat tempatan dan akan disiarkan di saluran Netflix, sepertimana dokumentari sukan bertaraf antarabangsa lain.“Pemilihan Azizul dibuat berdasarkan beberapa kriteria, dan paling utama adalah semangat beliau yang tidak pernah luntur. Tajuk The Pulse dipilih kerana ia melambangkan ‘denyut nadi’ perjuangan Azizul yang terus berdegup walaupun pernah berdepan insiden besar dalam kariernya.“Bagaimana beliau bangkit selepas ujian, bagaimana semangat juangnya menjadi inspirasi – itulah yang ingin diterjemahkan melalui dokumentari ini,” katanya.WhatsApp Image 2025-11-12 at 1.12.17 PM.jpeg 102.29 KBBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi penggulungan Belanjawan 2026 di Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, kerajaan negeri menyokong penuh usaha penerbitan dokumentari tersebut dan berharap karya itu akan menjadi suntikan semangat buat generasi atlet baharu untuk terus berjuang mengharumkan nama negeri dan negara.
21 jam yang lepas
161
Pendapatan Baharu Terengganu Naik 15 Peratus
Pendapatan Baharu Terengganu Naik 15 Peratus
KUALA TERENGGANU, 12 November – Kerajaan Negeri Terengganu terus memperkukuh sumber Pendapatan Baharu Negeri melalui pelaksanaan inisiatif New Income Terengganu (NIT) dengan mencatat peningkatan hasil baru sebanyak 15 peratus berbanding tahun sebelumnya.Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, jumlah kutipan hasil baru sebenar bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM77.48 juta, manakala bagi tahun 2025 (sehingga 11 November) telah mencecah RM97.04 juta.“Jumlah kutipan hasil baru sebenar bagi Tahun 2024 yang berakhir sehingga 31 Disember 2024 adalah berjumlah RM77.48 juta berbanding sasaran semua hasil (menjelang 2030) iaitu RM374.80 juta , manakala jumlah kutipan terkini hasil baru sebenar bagi Tahun 2025 yang berakhir sehingga 11 November 2025 (semalam) adalah sebanyak RM97.04 juta. “Alhamdulillah, peningkatan atau lebihan sebanyak 15 peratus daripada jumlah kutipan hasil baru bagi tahun lepas walaupun belum memasuki Disember tahun ini berbanding anggaran semua hasil tahun 2025 berjumlah RM273.80 juta yang kita sasarkan,’ jelasnya.Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.Dalam pada itu, Mohd Nurkhuzaini turut memaklumkan mengenai inisiatif pembangunan Sistem Geospatial Negeri Terengganu (TGIS) yang akan menjadi platform utama pengurusan dan integrasi data negeri secara menyeluruh.Menurutnya, Unit GIS Terengganu (UGIST) yang beroperasi di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri kini sedang mengumpul data daripada semua daerah dalam format GIS-Data Ready bagi pembangunan Pusat Pangkalan Data Negeri Terengganu.“Fokus pengumpulan data melibatkan lima sektor utama Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu perkhidmatan, pertanian, pembuatan, pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian, selaras dengan piawaian Geospatial Negara,” ujarnya.Beliau menambah, projek pembangunan sistem tersebut telah diluluskan dan dijadualkan untuk dilaksanakan pada tahun 2026, sebagai sebahagian daripada agenda transformasi digital negeri.Katanya, usaha itu turut mendapat pengiktirafan apabila Kerajaan Negeri Terengganu menerima penghargaan dalam Program Infrastruktur Data Geospatial Malaysia (MyGDI) daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada 8 Oktober lalu sempena Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke-10 di Putrajaya.“Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan terhadap komitmen Kerajaan Negeri Terengganu dalam memperkukuh agenda transformasi digital melalui pembangunan data geospatial yang mampan dan berimpak tinggi seiring dengan tema Geospatial Pemacu Kelestarian Negara,” tambah beliau.
23 jam yang lepas
162
21 Projek Keterjaminan Makanan Dilaksana di Terengganu Tahun 2025
21 Projek Keterjaminan Makanan Dilaksana di Terengganu Tahun 2025
KUALA TERENGGANU, 12 November – Sebanyak 21 projek telah dan sedang dilaksanakan di seluruh negeri bagi memastikan agenda keterjaminan makanan dapat dicapai dengan berkesan.Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM18.88 juta kepada Terengganu bagi melaksanakan Program Kerjasama Keterjaminan Makanan 2025 yang dijalankan antara kerajaan negeri dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dato' Dr. Azman Ibrahim berkata, pelaksanaan setiap projek dipantau secara berkala oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) bersama pegawai daripada KPKM bagi memastikan ia berjalan mengikut jadual.“Antara projek yang sedang dilaksanakan ialah menaik taraf Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rhu Tapai, Setiu dengan peruntukan RM430,000. Kemajuan kerja kini telah mencapai 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 7 Disember ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelima Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Dr. Azman berkata, antara projek yang telah siap sepenuhnya ialah Projek Pembangunan Tukun Tiruan Penghalang Pukat Tunda (Rekreasi) Garisan Sempadan Zon Pesisir Pantai serta Projek Pemerkasaan Perikanan Darat melalui Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Terengganu.Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut melaksanakan Program Peningkatan Populasi Ternakan Ruminan dengan peruntukan RM2 juta bagi mengimport baka lembu dari luar negara.“Setakat ini, sebanyak 136 ekor lembu baka Brahman dan Limousine telah tiba di Terengganu untuk tujuan pembiakan bagi meningkatkan populasi ternakan tempatan,” jelasnya.
23 jam yang lepas
153