Banjir Pulih, PPS di Terengganu Ditutup Sepenuhnya

KUALA TERENGGANU, 6 Disember - Keadaan banjir di negeri ini pulih sepenuhnya hari ini apabila satu-satunya Pusat Pemindahan Sementara(PPS) di Setiu merupakan PPS terakhir ditutup.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Bencana Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata PPS terakhir di Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh yang menempatkan lima mangsa daripada sebuah keluarga di Setiu, ditutup jam 9 malam tadi.

Terdahulu Terengganu dilanda banjir berikutan dua luruan hujan masing-masing pada 19 November dan 26 November lalu.

Pada gelombang kali ini, Terengganu merekodkan sebanyak 307 PPS dibuka yang menempatkan 43,273 mangsa daripada 11,707 keluarga.

Keseluruhan lapan daerah di Terengganu dilanda banjir dan menyaksikan Besut paling terjejas dengan 16, 091 melibatkan 4,303 keluarga di 121 PPS.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) kembali mengeluarkan amaran banjir di empat negeri, iaitu Kedah, Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.

Amaran itu adalah untuk tempoh bermula 8 Disember sehingga 11 Disember.

 


 


Tag: