Bantuan Persekolahan Diagih Mulai Pertengahan Bulan Ini

Ahmad Razif menyiram air sebelum memulakan Program Berkhatan Beramai- Ramai DUN Seberang Takir. Foto Tg Syamim Tg Ismail


Dana Bantuan Persekolahan sesi 2018 yang membabitkan peruntukan mencecah RM14 juta bagi menampung keperluan lebih 120,000 pelajar akan diagihkan mulai pertengahan bulan ini.

Peruntukan mencatatkan jumlah peruntukan terbesar dan bilangan pelajar teramai sejak dana itu diperkenalkan pada 2014.

Menteri Besar, Dato'  Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peningkatan kira-kira RM 3 juta berbanding sesi 2017 itu sebagai  keprihatian kerajaan negeri untuk membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan setiap kali tibanya sesi baharu persekolahan.

" Kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan kewangan sebanyak RM100 kepada keluarga berpendapatan RM2,500 ke bawah berbanding RM2,000 sebelum ini dengan maksimum dua pelajar setiap keluarga agar lebih ramai berpeluang mendapatkannya, " katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Berkhatan Beramai-Ramai di Perkarangan Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama, Isteri Menteri Besar, To' Puan Halina Zakaria.

Program itu disertai 380 peseta  termasuk 187 kanak-kanak bertindik.

 Peserta  berkhatan  diraikan dengan siraman air oleh  Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai tanda simbolik sebelum diarak beramai-ramai menuju ke bilik berkhatan.

Tag: