Terengganu Rancakkan Program Indahnya Hidup Bersyariat di Setiap DUN
KEMAMAN, 21 Februari - Baru hari pertama dibuka, Jualan 'Foodtruck Uptown' Pantai Kuala Kemasik telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa apabila diserbu ribuan pengunjung dari dalam dan luar komuniti setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, idea itu dicetuskan bagi menghidupkan pantai tersebut selain memberi pulangan buat rakyat.
"Kami bawakan Foodtruck dari Drawbridge Kuala Terengganu ke Kemasik khas untuk orang Kemaman khususnya warga Kemasik, semoga inisiatif ini dapat mengisi masa lapang bersama keluarga beriadah ke sini," katanya.
Inisiatif yang dilakukan itu turut mendapat kerjasama Persatuan Foodtruck Terengganu.
Kawasan jualan tersebut terletak di Kampung Gong Chengal Kemasik, sebuah tempat yang strategik dapat dihidupkan kembali.
Sebanyak 20 buah Foodtruck dari Kuala Terengganu bertapak di tempat jualan ini, pelbagai aneka makanan dan minuman disajikan kepada semua yang datang. Juga ada beberapa hiburan kepada para pengunjung seperti busking, maskot kartun dan sebagainya lagi.
Waktu jualan tersebut pada setiap hari rabu dari jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.