Batik Bukan Untuk Orang Tua

Oleh : Fatimah Din 

KUALA TERENGGANU, 16 Februari- Batik mempunyai corak yang terang dan menenangkan begitu sesuai untuk digayakan semua golongan bukan hanya khusus kepada orang tua sahaja.

Pengarah Program 'Terengganu Hijab Day' Nadwa Insyirah Hussain berkata, Negeri Terengganu memang terkenal dengan produk batik, menjadi satu kerugian  jika tidak di promosi sebaiknya.

"Batiklah yang membezakan 'Terengganu Hijab Day' pada tahun ini, kita membantu menaikkan industri batik Terengganu, secara tidak langsung boleh bekerjasama dengan pengusaha batik dalam memperkenalkan produk keluaran mereka," katanya ketika dihubungi pemberita.

Sambil mengakui batik viral menjadi saingan kepada batik Terengganu, katanya adalah penting untuk rakyat membantu perkenalkan batik keluaran negeri sendiri.


Tag: