Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
MARANG, 16 Julai - Kelas jahitan 'Bengkel Jemari Emas' yang disertai golongan Wanita DUN Rhu Rendang terutama suri rumah dan ibu tunggal menjadi platform terbaik bagi meningkatkan kemahiran untuk menambah pendapatan keluarga serta memartabatkan produk kraftangan tempatan.
Isteri Menteri Besar Terengganu, To' Puan Seri Faizah Tuan Ab Rahman berkata, adalah menjadi harapan agar Bengkel Jemari Emas yang dilaksanakan itu akan memperkasakan golongan hawa di DUN tersebut yang akan melahitkan bakat-bakat baru sekali gus berupaya menjana eknomi keluarga.
"Ini sangat penting bagi memastikan lebih ramai rakyat membudayakan penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian, seterusnya dapat mempromosikan produk buatan Malaysia.
“Bengkel ini memberi ruang dan peluang untuk membuka untuk menjana pendapatan dan Galeri Khairunnisa’ dan juga boleh memasarkan produk tersebut.
“Sebelum ini kita melaksanakan jemari emas ini di peringkat parlimen yang mana saya sendiri yang mengajar dan peserta seramai 20 orang, tetapi kali ini saya laksanakan di semua DUN di Terengganu sebanyak 32 DUN untuk berkongsi ilmu jemari emas ini atas faktor permintaan penyertaan yang tinggi,”ujarnya.
Beliau berkata ketika ucapan program Bengkel Jemari Emas di Dewan Taman Medan Jaya I, semalam.
Turut hadir bersama Ketua Penolong Pengarah(Pembangunan Komuniti) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Wan Zulfazlee Wan Mustaffa, Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Marang, Zainur Suhada Mamat dan isteri-isteri wakil rakyat Khairunnisa’.