Bengkel Pengucapan Awam Tingkat Keyakinan Diri

SETIU, 26 Jun - Bengkel pengucapan awam bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta dari segi kemahiran pengucapan awam, tetapi membina keyakinan diri untuk tampil sebagai pemimpin dan penceramah yang efektif.

Ketua NGO Yasmeen Setiu, Rohani Ramli berkata, tujuan utama adalah melatih peserta sebagai pengerusi majlis, pentazkirah, dan penceramah.

"Alhamdulillah, seramai 40 orang peserta hadir yang mana kita menyasarkan  sasaran sebagai pengerusi majlis, pentazkirah dan penceramah.

"Untuk meningkatkan keyakinan diri peserta dalam menjalankan tugas mereka di masa hadapan," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Bengkel Pengucapan Awam yang diadakan di Pandan Beach Resort, Setiu, semalam.

Menurutnya, sambutan terhadap program ini sangat menggalakkan, dengan kouta penyertaan hampir dipenuhi sepenuhnya.

"Peserta yang hadir adalah dari setiap DUN dan diberikan latihan intensif dalam pengucapan awam untuk membantu mereka melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pihak atasan dengan lebih baik.

"Insya-Allah kita akan buat kembali program susulan untuk terus memahirkan peserta dalam bidang pengucapan awam," tambah beliau.

Justeru itu, beliau berharap program ini akan melahirkan individu yang lebih berkeyakinan dan berkebolehan dalam menyampaikan maklumat kepada khalayak.


Tag: