lightning-solid
Berita :
Pantai Kuala Kemaman Diserbu 73 Sukarelawan, 212Kg Sampah Berjaya Dikumpul
Pantai Kuala Kemaman Diserbu 73 Sukarelawan, 212Kg Sampah Berjaya Dikumpul
Muhammad Fakhruddin Bin Nordin
1 jam yang lepas
71

KEMAMAN, 14 Ogos – Sebanyak 212 kilogram (kg) sampah berjaya dikutip menerusi program Plogging Pantai di Kuala Kemaman yang dianjurkan Geng Plastik Ija (GPI) dengan kerjasama TVET MARA Kemaman dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

Pengerusi Geng Plastik Ija (GPI), Zulkefli Sarji berkata, program berkenaan merupakan kerjasama kali kedua bersama TVET MARA Kemaman pada tahun ini dengan penglibatan seramai 73 sukarelawan.

“Pembersihan pantai ini memberi peluang kepada pelajar TVET MARA untuk melihat sendiri ancaman pencemaran akibat sampah bawaan air serta sisa yang ditinggalkan pengunjung.

“Sebahagian besar sampah yang dikutip terdiri daripada bekas makanan dan minuman yang dibuang pengunjung di celah-celah batu, walaupun tong sampah telah disediakan oleh pihak MPK,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri ke Pantai Kuala Kemaman, pagi ini.

Zulkefli berkata, aktiviti berkenaan bukan sahaja membantu membersihkan kawasan pantai, malah dapat menyemai rasa cinta terhadap alam sekitar serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kerjasama semua pihak dalam menjaga kebersihan pantai.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan, pihak MPK serta penyumbang makanan dan minuman yang menyediakan juadah untuk para peserta.



Tag :

Artikel Berkaitan