SHMMP KRISMAS: 176 Anggota KPDN Terengganu Ditugaskan Pantau Harga
Oleh: Helmi Abd Salam
SETIU, 7 Januari - Konsep 'beri jika mampu, ambil jika perlu diguna pakai pengurusan Masjid Al Ukhuwwah Mengabang Telong, di sini bagi membantu golongan asnaf di daerah itu.
Pelbagai kelengkapan dapur disediakan antaranya beras, minyak masak, tepung gandum, gula dan pelbagai jenis biskut kepada mana-mana penduduk yang kurang berkemampuan membeli kelengkapan dapur.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Shafizi Ismail berkata, program seumpama itu wajar dicontohi masjid-masjid lain di negeri lain kerana sangat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
Katanya, pada masa sama, pihak masjid mengalu-alukan orang ramai yang berkemampuan menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan tidak terhad kepada barangan makanan malah pakaian dan pelbagai barangan keperluan lain.
“Jika semua masjid dapat membantu masyarakat dengan bantuan daripada tabung yang disediakan, ianya akan dapat membantu kerajaan dalam menangani masalah miskin tegar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tabung Kebajikan Masjid Al Ukhuwwah Mengabang Telong baru-baru ini.
Shafizi juga berharap agar dana yang diperoleh masjid melalui derma orang ramai dapat digunakan sebaik mungkin dengan program yang bermanfaat dalam membantu masyarakat setempat di samping berusaha menarik masyarakat untuk mengimarahkan masjid dengan program yang dianjurkan.
“Tabung kebajikan yang ditubuhkan adalah berbentuk sumbangan barangan untuk digih kepada mereka yang memerlukan dengan konsep 'beri jika mampu, ambil jika perlu' bagi ahli qaryah setempat.
“Sementara sumbangan berbentuk wang ringgit akan diurus oleh jawatankuasa masjid membeli barangan keperluan yang akan diletakkan di almari yang disediakan,” katanya.