Bicara Ilmu HPPNT Tarik Minat Ribuan Penduduk Jabi

Antara pengunjung yang hadir.

Oleh : Hidayah Azlin

SETIU, 27 Spertember - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNT) 2019 yang berlangsung empat hari turut disajikan dengan pengisian ilmu agama selain pameran lembu sado.

Mohd Razak Ramli, 51, salah seorang pengunjung HPPNT yang juga seorang petani berkata, usaha berkenaan mampu memupuk jati diri sebagai seorang muslim sejati lebih-lebih lagi anak muda yang baru melibatkan diri dalam dunia pertanian.

“Memang sesuailah program ini diselit dengan majlis ilmu sebegini selaras dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera.

“Teruskanlah program sebegini untuk meningkatkan dan menambah ilmu agar lebih mendalam lagi supaya para petani ini faham bukan setakat kerja semata-mata tetapi ilmu mesti ada dalam dada sedikit sebanyak,” ujarnya ketika ditemui media selepas Bicara Ilmu sempena HPPNT 2019 semalam.

Katanya, sejak dahulu lagi ramai anak-anak muda yang bersama dalam bidang pertanian masih ‘tenat’ yang terkadangnya tidak menunaikan solat.

“Sejak menceburi dalam bidang pertanian padi ini kebanyakan anak muda banyak lalai padahal sembahyang yang dituntut oleh agama. Kalau dikira, rezeki ini datang dari Allah SWT tetapi manusia ini kebanyakannya lalai dengan benda tu, ujarnya.


Dalam pada itu, seorang lagi pengunjung, Nur Aina Akilah Abd Athwah, 23, berkata, dia begitu teruja untuk menyaksikan para panel yang biasanya hanya dilihat di kaca televisyen.

“Alhamdulillah, malam ini bukan sekadar boleh lihat kambing lembu sado tetapi disuburi dengan majlis ilmu oleh Ustaz Harryanto Rizzal Rokman dan Ustaz Fauzi Mustaffa.

“Tahniah kerajaan negeri kerana pandai ‘tackle’ hati orang muda seperti kami untuk turut serta. Ia pun sesuailah untuk ‘menegur’ sesetengah penternak, nelayan, petani serta orang ramai. Kena pada sasaran,” katanya.


Tag: