Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Amirul (dua dari kiri). |
Oleh : Hidayah Azlin
SETIU, 30 September – Lembu baka Belgium Blue, Bulat dinobatkan juara pertandingan lembu sado dalam kategori senior di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNT) 2019 kelmarin.
Pemiliknya, Amirul Firdaus Sasfarizam, 17, berkata, disebabkan minat mendalam terhadap lembu sado, dia berkecimpung dalam bidang itu sejak di bangku sekolah lagi.
Anak muda yang berasal dari Chalok, Setiu itu mengusahakan penternakan lembu sado tiga tahun lalu bersama bapa saudaranya.
"Memang hobi berada bidang ternakan ini sejak daripada kecil. Dulu saya menternak lembu kampung, sekarang semuanya sudah dijual. Kini lembu baka Belgium Blue, Limousin dan Charolaise menjadi pilihan saya dan kesemuanya berjumlah 16 ekor.
"Sebanyak sepuluh kilogram dedak dan rumput Napier sehari diberi kepada ‘Bulat’ dan dimandikan tiga kali sehari pagi, petang dan malam," ujarnya ketika ditemui pemberita.
Dr Azman bersama 'bulat'. |
"Saya rasa sangat gembira sebab dengan niat saya bawa lembu berumur dua tahun empat bulan ini, saya sudah dapat merasakan nombor satu dalam genggaman.
"Alhamdulillah, dengan izin Allah, Tuhan bagi sebuah kejayaan kepada saya," tambah beliau.
HPPNT yang bermula 25 hingga 28 september itu diadakan sebagai satu pengiktirafan kerajaan terhadap sektor pertanian.
Jawatankuasa gerai pameran dan jualan melaporkan berjaya mengutip hasil jualan berjumlah RM562,273.60 selama empat hari.