• 18 Okt 2024 | 15 Rabiul Akhir 1446

Buluh Gading Dewan FC Juara Piala Ahli Parlimen Kuala Nerus

KUALA TERENGGANU, 2 Oktober - Jaringan minit akhir menobatkan Buluh Gading Dewan FC sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Kuala Nerus 2024.

Dalam aksi akhir itu, Buluh Gading Dewan FC menewaskan Banggol Peradong FC dengan jaringan 1-0.

​​​Selaku juara, Buluh Gading Dewan FC membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000, piala serta medal.

Pemain terbaik perlawanan, Ahmad Haffizi Mohd berkata, momentum beberapa siri perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan sebelum kejohanan ini menjadikan pasukannya lebih serasi serta mengenalpasti kelemahan.

“Sebelum ini pasukan kami telah gagal di perlawanan peringkat akhir dalam kejohahan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). Malam ini tak sangka dapat menjadi juara tambahan pula pihak lawan ada beberapa pemain yang sebelum ini mewakili Terengganu. 

"Alhamdulillah, memang tak sangka menjadi juara, dapat membantu pasukan, memang sebelum ini kita sasarkan kita boleh ke separuh akhir sahaja tapi semangat juang semua pemain berjaya ke akhir seterusnya membawa pulang piala.

Ditanya apa perancangan selepas ini beliau memberitahu belum lagi memikirkanya kerana mahu fokus kepada Karnival Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri se-Malaysia (SUKSEM) yang akan berlangsung tidak lama lagi memandangkan beliau juga mewakili Terengganu dalam kejohanan ini.

"Sementara ini saya mahu fokus SUKSEM, Segala persiapan dan perancangan buat masa ini serah kepada pengurus dahulu," ujarnya.

Katanya, beliau sangat berpuas hati sepanjang perlawanan dan memuji kelancaran penganjuran walaupun ada sedikit ketegangan dan menggangap adab perlawanan.

“Perlawanan kedua-dua pasukan sangat baik, kontroversi sikit-sikit tu biasa lah dan semua menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi,” ujarnya.


Tag: