Capai Sejahtera Bertepatan Syariat Allah
Alias kemuka nasihat penuh pedoman. |
Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN, 19 Mei - Bagi mencapai kesejahteraan dalam kehidupan setiap orang mestilah menjalaninya dengan menepati syariat yang ditetapkan Allah SWT.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri Alias Harun berkata, kehidupan mestilah berpandukan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri Alias Harun berkata, kehidupan mestilah berpandukan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.
"Menjalani kehidupan ada batas halal dan haram, bukan ikut kehendak kita, jangan sesekali menghalalkan yang haram," katanya ketika berucap merasmikan Program Pemantapan Diri Warga Emas dan Ibu Tunggal Parlimen Dungun di Perpustakaan Awam Daerah Dungun, di sini, baru-baru ini.
Alias bersama pihak penganjur program. |
Beliau berucap di hadapan kira-kira 100 peserta sempena program anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Daerah Dungun.
Turut hadir, Ketua Timbalan Pengarah YPKT, Mohd Fawzey Abd. Ghani dan Pegawai YPKT Kawasan Dungun, Farrah Noor Faradhila M. Zuki.
Turut hadir, Ketua Timbalan Pengarah YPKT, Mohd Fawzey Abd. Ghani dan Pegawai YPKT Kawasan Dungun, Farrah Noor Faradhila M. Zuki.
Program berkenaan diadakan bertujuan membina prestasi diri ibu tunggal dan warga emas selain membentuk pemantapan rohani menerusi syarahan yang disampaikan oleh pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS), Jamaluddin Jusoh.
Alias seterusnya mengingatkan supaya tidak berlaku zalim dengan mengambil sesuatu yang bukan hak kita.
"Perbuatan ini akan menimbulkan bebanan, kesan kepada kita dan keluarga sehingga kehidupan jadi tidak menentu," katanya.