PAS Ajak UMNO, PH Heret 'Penjenayah Addendum' ke Muka Pengadilan
Ustaz Mat Daik Mohamad menyerah beg sekolah kepada salah seorang pelajar yang layak menerima Dana Bantuan Persekolahan di Hulu Besut |
Oleh : Norekwan Mamat
HULU BESUT 17 Disember -Dana Bantuan Persekolahan yang mula diagihkan bermula hari ini mampu meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad, berkata bantuan dana ini dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan kerana persiapan untuk memasuki penggal persekolahan yang baharu juga adalah kos yang perlu difikirkan.
"Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah menyediakan bantuan I-DANA walaupun tidak sebesar mana tetapi ianya satu pemberian yang perlu kita syukuri.
“Bantuan yang diberi kerajaan negeri ini membuktikan keprihatinan terhadap bidang pendidikan agak anak-anak keluarga kurang berkemampuan ini dapat memasuki sesi persekolahan baharu dengan pakaian lengkap sama seperti anak yang lain,” katanya ketika Majlis Perasmian I-DANA di Dewan Sivik Kampung Pasir Akar, di sini hari ini.
Dianggarkan 116,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada dana itu yang digerakkan bagi meringankan bebanan keluarga.