Jalur Gemilang
Berita :
Dato' Jijoe Terima PHD, Inspirasi Anak Muda Terengganu Berani Pasang Impian - MB
Dato' Jijoe Terima PHD, Inspirasi Anak Muda Terengganu Berani Pasang Impian - MB
Adli Mohamad
6 jam yang lepas
112

KUALA TERENGGANU, 24 November - Kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Dato' Muhammad Azizulhasni Awang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Sukan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  perlu menjadi ispirasi kepada generasi muda negeri ini agar berani memasang impian besar.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pencapaian Azizulhasi membuktikan kejayaan tidak akan datang dengan mudah tanpa disusuli usaha dan melaluinya dengan penerapan disiplin yang tinggi, menuntut pengorbanan, tekun serta memiliki semangat juang yang tinggi.

Menurut beliau, perjalanan panjang atlet kelahiran Terengganu itu dalam sukan berbasikal sehingga menempa nama tertinggi di peringkat antarabangsa membuktikan kekuatan fizikal dan mental menjadi antara asas penting melakar kejayaan yang perlu dicontohi oleh generasi muda hari ini.

"Di sebalik setiap pingat dan kemenangan, ada perjalanan panjang yang menuntut kekuatan fizikal, mental dan pengorbanan yang besar.

"Sesungguhnya, Dato' Azizulhasni bukan sahaja wira sukan negara, malah menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha, berani bermimpi dan tidak mudah mengalah,"katanya menerusi satu kenyataan di facebooknya, semalam.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata pengiktirafan menerima PHD itu juga diharap akan turut menyuntik semangat lebih ramai anak muda dari negeri ini untuk turut mengangkat nama Terengganu dan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

"Tahniah sekali lagi, Dato' Azizulhasni Awang,"ujarnya



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan