• 07 Jul 2024 | 30 Zulhijah 1445

Dato’ Mohd. Zahari Ambil Alih Setiausaha Kerajaan Terengganu


KUALA TERENGGANU, 22 OGOS- Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd. Zahari Md. Azahar dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu berkuatkuasa hari ini.

Mohd. Zahari,59, menggantikan Dato’ Bentara Dalam yang bersara semalam (21 Ogos) setelah memegang jawatan tersebut sejak 22 April 2018.

Majlis serah tugas pengurusan tertinggi pentadbiran negeri itu berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.

Beliau yang berkelulusan dalam bidang pemasaran dan kewangan, memulakan perkhidmatan dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pentadbir Tanah III mulai 1988.

Mohd. Zahari pernah berkhidmat di beberapa jabatan lain termasuk Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) serta  Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu(LTAWNT).

Sebelum memegang jawatan Pegawai Kewangan Negeri, SUK baharu itu pernah bertugas di Kemaman sebagai Pegawai Daerah.


Tag: