'Dive Against Debris' Bersih 70 Kilogram Sampah di Pulau Perhentian

BESUT, 22 JUN - Penasihat Program DIVE AGAINST DEBRIS, Zuraidah Atan, kira-kira 150 sukarelawan dan pelancong dari luar negara telah bergotong-royong membersihkan Pulau Perhentian dekat Kuala Besut dan kawasan sekitar melalui program Dive Against Debris (DAD).

Dalam program ini, mereka mengumpul sampah di dasar laut dan di pesisir pantai. Pada hari semalam, berjaya dikutip sebanyak 70 kilogram (kg) sampah di Pasir Panjang, Pulau Perhentian. 

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut Azbi Salleh, usaha itu akan memastikan pulau tersebut akan terus terjaga akan keindahan serta kebersihannya untuk terus menarik kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara. berkata,

"Misi lebih besar kita ialah menjaga ekosistem dan konservasi laut. Di Pulau Perhentian Kecil ini, keindahan laut begitu penting untuk mengekal dan menambah bilangan kehadiran pelancong dari seluruh dunia.

"Di sini, adalah salah satu tempat pilihan mereka menyelam. Kita mahu pelancong berkongsi cerita dan berita mengenai keindahan Pulau Perhentian Kecil ini, bila mereka pulang ke negara masing-masing.

"Dengan kecangihan teknologi maklumat (IT) hari ini, saya harap program ini dihebohkan atau diviralkan secara meluas ke seluruh dunia. Kita tidak mahu bilangan pelancong terjejas hanya disebabkan kita gagal menjaga kebersihan laut dan pantai di sini," ujarnya ketika berucap merasmikan program berkenaan, di sini, baru-baru ini.

"Melalui program ini, saya berharap kegiatan D.A.D dan pembersihan pantai ini akan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang supaya menjaga kebersihan laut dan mewujudkan laut yang bebas daripada sampah sarap.

"Daripada penjelasan penyelam, mereka dapati banyak barangan buangan dan sampah sarap di dasar laut kita seperti plastik, pukat, botol, besi, kayu, kasut, dan bermacam-macam lagi.

"Oleh itu, kita mesti galakkan generasi hari ini dan bakal generasi akan datang supaya menanam sikap membersihkan laut dan benci kepada kekotoran laut," katanya.

"saya memberi jaminan bahawa sekiranya program seperti ini hendak dijalankan lagi, di mana-mana pulau di Terengganu darul Iman ini, saya percaya ia akan mendapat sokongan daripada Jabatan Pelancongan.

Kalau hendak diadakan di Besut, Insya-Allah, saya sedia membantu, Kita mahu menjadikan laut di negara ini, khasnya di Terengganu Darul Iman ini sentiasa bersih sama ada pada permukaan atau di dasar laut.

Kita berharap nama Malaysia akan berada sebaris dengan beberapa negara lain seperti di Indonesia, Filipina, Maldives, Thailand, Australia dan negara Eropah seperti di England, Sepanyol, Itali, Croatia, dan beberapa negara lain dalam melaksanakan kegiatan D.A.D ini," Ujarnya lagi.

Dalam pada itu beliau mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Besut, selaku peneraju utama program ini bersama SALAM BEST serta semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam program ini.

"Syabas dan Tahniah kepada Kenanga Investor Berhadkerana menjadi penaja utama dalam program ini buat kali kedua dalam program DIVE AGAINST DEBRIS (D.A.D) dan pembersihan pantai di Pualau Perhentian.

"Dengan sokongan yang diberikan oleh Kenanga Investor, syarikat ternama yang menguruskan kegiatan sekuriti, nasihat pelaburan, perancangan kewangan, dan sebagainya bagi menjayakan program ini.

"Terima kasih Kenanga Investor kerana komited untuk membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap usaha menjaga kelestarian alam sekitar di darat dan di laut," katanya lagi.

Untuk rekod, DAD merupakan gerakan sains warga bawah air terbesar di dunia yang memerangi pencemaran marin. Sejak 2011, lebih daripada 90,000 penyelam dari seluruh dunia telah menyumbang data mengenai jenis dan jumlah sampah yang dikeluarkan dari persekitaran bawah air.

Data ini memainkan peranan penting dalam mengisi jurang maklumat mengenai sampah laut. Kita semua boleh menyertai gerakan ini dengan menjadi penyelam dan menyumbang kepada kebersihan bawah laut.