KUALA TERENGGANU, 3 Mac – Menteri Besar Terengganu mengadakan kunjung hormat ke pejabat The Star Media Group sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Negeri dan institusi media arus perdana.
Menurut Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan secara matang dan profesional dalam menghadapi landskap komunikasi semasa yang semakin mencabar, khususnya dalam era kepantasan maklumat dan media digital.
"Ruang pertemuan ini membuka peluang untuk bertukar pandangan secara matang dan profesional kerana dalam landskap kini, naratif yang jelas, berfakta dan berimbang adalah asas kepada kepercayaan rakyat," jelasnya dalam laman sosialnya semalam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak The Star atas kesediaan menerima kunjungan tersebut.