lightning-solid
Berita :
Dr Sam Ucap Sanah Helwah Kepada Ustaz Azhar, Harap Istiqamah Pimpin Masyarakat
Dr Sam Ucap Sanah Helwah Kepada Ustaz Azhar, Harap Istiqamah Pimpin Masyarakat
Adli Mohamad
12 Feb 26
25

KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Ustaz Azhar Idrus dan mengharapkan murabbi sejuta ummah itu akan terus istiqamah pimpin masyarakat di negeri ini.

"Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan yang berpanjangan serta keberkatan dalam setiap langkah dakwah yang disampaikan.

"Sumbangan al-Fadhil ustaz dalam menyampaikan ilmu dan mendidik ummah dengan pendekatan yang dekat di hati masyarakat amat besar nilainya,"ujarnya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Dr Ahmad Samsuri, masyarakat di negeri ini sentiasa menghargai jasa dan pengorbanannya dalam memartabatkan syariat Islam.

"Moga terus istiqamah memimpin masyarakat dengan hikmah dan kebijaksanaan (dan) semoga dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rahmat-Nya selalu,"ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan