Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
Dua Bekas Pesakit COVID-19 Tenang Duduki SPM 2020
KUALA TERENGGANU, 22 Februari - Pengalaman dan keperitan sepanjang menjalani rawatan selepas disahkan positif COVID-19, tidak menghalang dua calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, hari ini.
Walaupun hanya sempat mengikuti sesi persekolahan secara bersemuka selama 10 hari sebelum sekolahnya diarahkan tutup susulan dia dan rakan serta seorang gurunya disahkan positif COVID-19, tetapi mangsa mengakui tidak sedikitpun menganggu emosinya.
Sebagai persediaan menduduki peperiksaan, dia dan rakannya mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang melalui proses rawatan selama 14 hari mulai akhir bulan lalu.
"Selepas disahkan sihat, saya dan rakan tidak pulang ke rumah, sebaliknya memilih untuk menetap di asrama sekolah bagi meneruskan mengikuti PdPR bersama 18 lagi rakan yang terpaksa menjalani proses kuarantin di asrama sekolah.
"Dorongan oleh guru, rakan dan doa daripada ibu bapa menyemarakkan semangat kami melangkah ke dewan peperiksaan hari ini," ujarnya ketika ditemui hari ini.
Selain dia dan rakan serta gurunya disahkan positif COVID-19, sehingga menyebabkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar ditutup, empat lagi rakannya yang tidak tinggal di asrama terpaksa menjalani proses rawatan, tetapi disahkan negatif.
Dia mengakui proses rawatan selepas disahkan positif COVID-19, tidak sedikitpun menganggu emosinya, malah menyemarakkan semangatnya mencipta kecemerlangan.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Salim Ab Ghani mengulas, beliau berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh semua pengurusan sekolah dan calon SPM 2020.
"Seramai 18,743, termasuk calon SPM 2020 pensendirian menduduki peperiksaan di 169 pusat peperiksaan di seluruh negeri," jelasnya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di Sekolah Menengah Agama (SMA) Tok jiring, Kuala Nerus, di sini pagi tadi.