lightning-solid
Berita :
Dua Jalan Ditutup Akibat Banjir Gelombang Kedua di Hulu Terengganu
Dua Jalan Ditutup Akibat Banjir Gelombang Kedua di Hulu Terengganu
Mastura Jamal Din
2 jam yang lepas
77

HULU TERENGGANU, 15 Disember – Dua jalan di daerah ini terpaksa ditutup susulan banjir gelombang kedua selepas hujan lebat berterusan sejak semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Terengganu, setakat jam 12 tengah hari, Jalan Bukit Diman/Tersat di Kampung Pengkalan Ajal ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selepas dinaiki air sedalam 0.90 meter sepanjang kira-kira 300 meter.

Selain itu, Jalan Batu 24/Pengkalan Ajal di Kampung Pasir Pelata turut ditutup kepada kenderaan ringan apabila paras air melebihi 0.40 meter, sekali gus membahayakan pengguna jalan raya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di daerah ini setakat jam 12 tengah hari, melibatkan 265 mangsa daripada 82 keluarga.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perkembangan semasa, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengelakkan laluan yang ditutup bagi memastikan keselamatan.


Tag :

Artikel Berkaitan