Berita :
Duta EU, Wakil 15 Negara Eropah Kunjung Terengganu
Duta EU, Wakil 15 Negara Eropah Kunjung Terengganu
Husaif Mamat
5 jam yang lepas
159

KUALA TERENGGANU, 6 Julai - Terengganu menerima kunjungan delegasi diplomatik Kesatuan Eropah (EU) yang diketuai Duta EU ke Malaysia, Rafael Daerr, hari ini.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, terdahulu beliau mengiringi delegasi berkenaan menghadap Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Menurut Samsuri, rombongan itu turut disertai para duta dan wakil diplomatik dari 15 negara Eropah.

“Negara terbabit ialah Croatia, Romania, Belanda, Lithuania, Ireland, Republik Czech, Sweden, Finland, Belgium, Austria, Jerman, Itali, Denmark, Slovakia dan Sepanyol.

“Semoga kunjungan ini terus memperkukuh hubungan persahabatan dan membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada Terengganu, Malaysia dan Kesatuan Eropah,” katanya.

Kunjungan itu dilihat membuka ruang kepada hubungan lebih erat antara Terengganu dan EU, khususnya dalam usaha memperluas jaringan kerjasama di peringkat antarabangsa.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan