lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Akmal Danial Tambah Emas Kedua Compund
SUKMA 2026: Akmal Danial Tambah Emas Kedua Compund
Ahmad Zaeem Zainudin
4 jam yang lepas
59

KAJANG, 20 Ogos - Pemanah Terengganu, Muhammad Akmal Danial Baharuddin terus mencuri tumpuan dalam SUKMA Selangor 2026 apabila menambah koleksi pingat emas kedua dalam acara compound perseorangan lelaki.

Akmal Danial dengan bidikan konsisten pada perlawanan pingat emas telah mengumpul 147 mata, menewaskan wakil Pulau Pinang, Lee Meng Zhe yang mencatat 144 mata.

Dalam aksi berkenaan, Akmal Danial mengumpul 30 mata pada set pertama sebelum menambah 29 mata pada set kedua dan ketiga, diikuti 29 mata pada set keempat serta 30 mata pada set kelima untuk keseluruhan 147 mata.

Terdahulu, Akmal Danial turut menyumbang pingat emas dalam acara compound lelaki selepas mengungguli saingan dengan catatan 700 mata.

Pencapaian tersebut membantu Terengganu mencipta kejayaan berganda apabila rakan senegeri, Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki meraih perak dengan 697 mata.


Artikel Berkaitan