Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
EKSPO TERENGGANU 2018 : Cap Ayam Jenama Terkenal Mampu Milik
Shahid menunjukkan pakaian Cap Ayam keluarannya yang laris di serata negeri. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim |
Oleh: Mohd Irsyadi Abu Bakar
Pemilik Outlet Cap Ayam cawangan Pantai Timur, Shahid Yaakob,42, berhasrat memasarkan produk pakaian keluarannya di serata Terengganu supaya rakyat negeri ini mampu memiliki dan mengenakan jenamanya dengan harga yang murah.
"Harga barangan Cap Ayam yang terdiri daripada topi, baju, selipar dan beg bermula dari RM15 hingga ke RM50 yang mampu dimiliki semua," katanya ketika ditemui di Ekspo Terengganu 2018 pagi ini.
Jenama Cap Ayam bermula pada 2003. Namun, pemasaran yang baik membantu ia terkenal di seluruh dunia.
"Kita dapat banyak permintaan dari luar negara. Produk ini adalah pencetus barangan berjenama pada harga mampu milik dalam Malaysia," katanya.
Tambahnya, kerajaan negeri juga melihat potensi besar dalam perniagaan seperti Cap Ayam dan menggalakkan ramai anak muda Terengganu menceburi bidang ini.
Selain itu, terdapat pelbagai dana bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan antaranya melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).