Jalur Gemilang
Berita :
Majlis Tilawah Perkukuh Kefahaman Masyarakat Terhadap Al-Quran
Majlis Tilawah Perkukuh Kefahaman Masyarakat Terhadap Al-Quran
Noraini Jusoh
1 jam yang lepas
39

Oleh: Syahida Mohd

KUALA NERUS, 28 September – Majlis Tilawah Al-Quran bukan sekadar medan mempersembahkan bacaan al-Quran malah perlu menjadi platform untuk mendekatkan masyarakat dengan al-Quran. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat berkata, penganjuran majlis berkenaan perlu diperbaharui dari semasa ke semasa supaya objektif untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai al-Quran dapat dicapai dengan sebaiknya.

Katanya, al-Quran merupakan mukjizat yang kekal sehingga hari ini dan dapat dilihat serta dikaji oleh seluruh manusia.

"Para sahabat yang hidup pada zaman Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan mukjizat yang ditunjukkan oleh Baginda, sekali gus menguatkan keimanan mereka. Namun, umat Islam pada hari ini terus diberikan mukjizat al-Quran yang kekal dan dapat dipelajari sepanjang zaman.

“Al-Quran yang sampai kepada kita hari ini adalah sama sebagaimana ia disampaikan kepada Rasulullah S.A.W dan tidak terdapat pertikaian terhadap keasliannya,” katanya sewaktu merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Nerus di Masjid Al Abrar Bukit Tok Beng, Kuala nerus.
Menurut beliau lagi, kandungan al-Quran turut memperlihatkan perkara-perkara yang mendahului zaman apabila perkara yang diceritakan lebih 1,400 tahun lalu dapat dilihat berlaku dalam kehidupan manusia pada hari ini.

“Al-Quran bukan rekaan Rasulullah S.A.W dan bukan ciptaan manusia, malah kehebatan serta kandungannya turut menarik perhatian sebahagian sarjana dan saintis Barat yang mendalami Islam sehingga membawa mereka kepada Islam," ujarnya.
Pada majlis tilawah itu, Muhammad Farhan Zul Aqmal dinobatkan johan (lelaki) manakala Sayuti Mohd Adenan johan (perempuan). 



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan