Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail |
Food Truck Chicken Cottage akan mengadakan siri jelajah ke seluruh Terengganu termasuk ke kawasan pedalaman sebagai usaha mempromosi jenama itu secara meluas kepada dalam tempoh terdekat.
Perkhidmatan itu kini giat mengadakan promosi di Ekspo Terengganu 2018, di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus bermula 25 Februari lalu sehingga 3 Mac ini dan mendapat sambutan luar jangkaan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, produk Kumpulan Terengganu Incorporated (TI Group) itu terus melebarkan sayap perniagaan dengan memperkenalkan perkhidmatan food truck.
“Ketika ini, syarikat itu mempunyai dua food truck dengan nilaian keseluruhan RM140,000 dan akan mengadakan promosi secara bergerak ke seluruh daerah dalam tempoh terdekat dan kemungkinan juga akan ke luar Terengganu.
“Berdasarkan rekod jualan harian, sambutan orang ramai terhadap produk ini sangat menggalakkan dan rata-rata pelanggan mengakui Chicken Cottage setanding dengan jenama terkenal lain,” katanya.