Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
EKSPO TERENGGANU 2018: TDM Perkenal Baja Organik TDMBIO
TDMBIO mula diperkenalkan kepada orang awam pada Ekspo Terengganu 2018 di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. |
Anak syarikat Kerajaan Negeri, TDM Plantation memperkenalkan baja organiknya sendiri yang dinamakan TDMBIO sempena Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus selama tujuh hari bermula 25 Februari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Dato’ Mohamat Muda berkata, baja tersebut dihasilkan daripada proses 'composting' iaitu daripada tandan buah kelapa sawit yang diambil dari ladang-ladang milik TDM sendiri.
Katanya, baja organik yang dihasilkan tersebut memberikan banyak kelebihan kepada tanaman tanpa memberi kerosakan kepada tanaman itu sendiri.
"Baja yang pihak kami hasilkan banyak memberikan kebaikan antaranya serapan air yang tinggi selain boleh menguatkan dan membaiki struktur tanah.
"Ianya juga mampu memberi nutrien yang cukup kepada tanaman itu sendiri dan mengurangkan bahan-bahan bukan organik yang ada," katanya kepada Teganukita.
Tambahnya, baja itu kini dihasilkan di dua kilang yang terletak Padang Kubu, Kemaman dan Sungai Tong, Kemaman.
"Kami memulakan operasi menghasilkan baja ini bermula dari Jun tahun lalu.
"Dijangkakan dengan dua kilang ini, pihak kami boleh menghasilkan sehingga 60,000 metrik tan setahun," katanya.