EPIC Peruntuk RM2.3 Juta Untuk CSR 2023

KUALA NERUS, 29 Januari- Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) peruntuk RM2.3 juta bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) berbanding tahun sebelumnya RM2.2 juta.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim berkata peningkatan itu berdasarkan kadar pertumbuhan prestas yang berjalan lancer dan berjaya mencatatkan keuntungan lebih besar.

“Dengan peruntukan itu, kami mensasarkan untuk meluaskan lagi usaha murni ini agar mereka terjejas beroleh manfaat dan merasai nikmat kehidupan yang lebih baik,

“Saya juga berharap menerusi penganjuran pelbagai lagi program dapat memantapkan kerjasama holistik antara pihak EPIC Berhad dan kerajaan negeri dalam membantu golongan-golongan bersasar, badan-badan atau institusi-institusi lain di Negeri Terengganu,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan program “EPIC Back to School 2024” di Raia Hotel di sini hari ini.

Dalam program tersebut, seramai 100 murid kurang bernasib baik di Kemaman dan Kuala Terengganu yang melibatkan lapan buah sekolah rendah di bawah inisiatif “EPIC Celik” menerima sumbangan kit persediaan sesi persekolahan baharu berupa baucar pembelian uniform sekolah, baucar pembelian kasut, set alat tulis, botol minuman, beg sekolah dan juga hamper makanan bernilai RM500 setiap satu.

Ahmad Amzad berkata, sesi pertama program telah dijalankan semalam di premis operasi syarikat di Kemaman bersama 50 murid dari SK Bukit Mentok.

"Pada hari ini pula, 50 murid dari 
tujuh buah sekolah iaitu SK Pusat Chabang Tiga, SK Paloh, SK Wakaf Mempelam, SK Durian Burung, SK Rengas Bekah, SK Pulau Rusa, dan SK Bukit Losong.

“EPIC Berhad  mensasarkan murid-murid dari keluarga kurang berkemampuan dengan menyediakan keperluan penting untuk menghadapi sesi persekolahan baharu bagi memastikan murid-murid kurang bernasib baik tidak ketinggalan dalam membuat persediaan untuk kembali ke sekolah," ujarnya.