KUALA NERUS, 10 Mac - Bagi tempoh kewangan tahun 2020 sehingga tahun 2025, Syarikat Etiqa Takaful Berhad telah menyalurkan dana zakat perniagaan serta Dana Amal Jariah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM12.71 juta di Negeri Terengganu.
Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB), Zafri Ab Halim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM7.89 juta telah disalurkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM).
"Manakala, RM4.82 juta lagi diagihkan secara langsung melalui inisiatif pendidikan dan pembangunan komuniti demi manfaat golongan asnaf.

"Penyaluran ini tanda komitmen berterusan kami dalam melaksanakan tanggungjawab berteraskan syariah serta menyokong usaha memperkasa asnaf dan memperkukuh kesejahteraan ummah di sini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikanbpersembahan ucapan dalam Majlis Hibah Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini.
Dalam majlis itu, EFTB bekerjasama dengan UMT menjayakan inisiatif Hibah Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin melalui sumbangan Dana Amal Jariah berjumlah RM375,000 bagi hibah 5,000
Selain itu, Zafri memaklumkan UMT menjadi penerima dana tertinggi dengan jumlah RM2.93 juta, termasuk bagi pelaksanaan program Asnaf to Asnaf (A2A).

Tag :