lightning-solid
Berita :
Fasa Kedua Perumahan Mampu Milik Kertih Dilancar, 221 Unit Ditawar
Fasa Kedua Perumahan Mampu Milik Kertih Dilancar, 221 Unit Ditawar
Mastura Jamal Din
26 Nov 25
314

KUALA TERENGGANU, 26 November – Kerajaan negeri meneruskan komitmen menyediakan 221 unit  kediaman yang mampu dimiliki buat rakyat Terengganu melalui fasa dua Projek Pembangunan Secara Penswastaan di atas tanah seluas 30 ekar di Mukim Kertih, Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pada 8 Disember 2020, sebanyak 242 unit Rumah Mampu Milik Jenis A berjaya diserahkan kunci kepada pemilik-pemilik yang berjaya.

“Kini projek bergerak ke fasa seterusnya dengan pembinaan 221 unit kediaman terdiri 153 unit Rumah Teres Setingkat Jenis C dengan harga jualan bermula RM210,000 seunit oleh Jubimas Sdn Bhd.

“Ia termasuk Rumah Teres Setingkat Jenis B dengan harga  bermula RM185,000 seunit.

“Walau bagaimanapun, harga jualan masih perlu diselaraskan mengikut keadaan pasaran dan tahap kesiapan projek,”ujarnya. 

AMRZ0361.jpg 3.18 MB
Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melancarkan projek tersebut di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Menurut Wan Sukairi , lokasi projek itu sangat strategik kerana ia berhampiran dengan Taman Perumahan Panalex, tidak jauh dari Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin dan hanya 12 kilometer daripada Kawasan Perindustrian Petrolium Kertih.

“Kelebihan ini menjadikannya kawasan yang berpotensi tinggi untuk berkembang menjadi komuniti berkualiti dan berdaya huni,” ujarnya. 

Tambahnya, jumlah Nilai Pembangunan Ksara (GDV) bagi projek itu dianggarkan sekitar RM44.7 juta dan merupakan suatu potensi besar kepada sektor pembinaan.

“Kita mengharapkan limpahan ekonomi yang berterusan kepada pembagai golongan termasuk para kontraktor tempatan, usahawan kecil dan komuniti setempat,”jelas beliau.


Tag :

Artikel Berkaitan