lightning-solid
Berita :
Fokus Perkukuh Perikatan Nasional
Fokus Perkukuh Perikatan Nasional
Rohayati Ripin
1 hari yang lepas
40

KUALA TERENGGANU, 17 Februari – Pertemuan bersama Dato’ Seri Hamzah Zainudin di Rusila baru-baru ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan organisasi secara menyeluruh sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perbincangan tersebut menekankan keperluan memperkasakan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) agar gabungan itu kekal utuh serta bersedia menghadapi cabaran politik semasa dengan lebih tersusun dan strategik.

Menurut beliau, perkara yang melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah urusan dalaman parti berkenaan dan PAS tidak campur tangan dalam hal tersebut.

“Cuma paling penting kita nak memberitahu kepada rakan-rakan yang masih dalam organisasi supaya sama-sama duduk dan berbincang bagaimana cara untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya akan datang,” jelasnya ketika ditemui media. 

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa tiada perkara luar biasa akan berlaku di negeri-negeri SG4 iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

“Saya bertemu semua Menteri Besar negeri berkenaan untuk berbincang bagaimana untuk meneruskan dan mengukuhkan kerjasama dalam SG4,” katanya.

Ahmad Samsuri juga menegaskan bahawa beliau yakin tidak akan berlaku sebarang perpecahan di Terengganu.

Malah, usaha sedang digerakkan untuk terus memperkukuh barisan pembangkang menjelang PRU akan datang demi memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara.


Tag :

Artikel Berkaitan