Contohi Pendekatan Dana Amanah, Sarawak Pimpin Pelihara Tanah Melayu
DUNGUN, 25 Januari - Acara 'Fun Run Tahun Baru 2025 Jambatan Seberang Pintasan' bukan sekadar bersukan tetapi juga untuk mendidik peserta supaya mematuhi syariah.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, program berkenaan memperkenalkan budaya mesra syariah kepada masyarakat dengan bersukan tetapi menutup aurat.
Penganjuran program juga tambahnya, selaras dengan ajaran Islam yang amat menggalakkan umatnya bersukan sebagai usaha untuk menjaga kesihatan badan.
"Untuk beribadat kepada Allah SWT kita memerlukan badan yang sihat agar ibadat kita lebih berkualiti, jadi aktiviti sukan membantu kita menjaga kesihatan tubuh badan.
"Namun, dalam bersukan, masyarakat perlu di didik mematuhi syariat yang datang daripada Allah SWT terutamanya dalam pematuhan dan tatacara menjaga aurat dan pergaulan.
"Sebab itu, antara syarat kita letakkan ialah setiap peserta yang ingin menyertai program ini maka perlu berpakaian patuh syariat," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup acara tersebut di Padang Bola Kampung Seberang Pintasan di sini, semalam.
Seramai 500 peserta di seluruh Dungun telah mengambil bahagian melibatkan dua kategori larian iaitu sejauh 5 kilometer dan 2.5 km (kategori pra sekolah).