lightning-solid
Berita :
FUTERA Perkasa Generasi Kepimpinan Terengganu Bertaraf Negarawan
FUTERA Perkasa Generasi Kepimpinan Terengganu Bertaraf Negarawan
Husaif Mamat
7 jam yang lepas
61

KUANTAN, 18 Februari – Kerajaan Negeri Terengganu terus memperkukuh agenda pembangunan modal insan apabila Program FUTERA (Future Terengganu Leader) Beyond Cohort 1.0 berjaya dilaksanakan selama empat hari tiga malam bermula 11 hingga 14 Februari 2026 di Kempville Resort.

Program berimpak tinggi itu merupakan usaha strategik negeri dalam melahirkan generasi kepimpinan masa hadapan bertaraf negarawan yang berprinsip, berintegriti serta memiliki daya fikir strategik bagi mendepani cabaran era global yang semakin kompleks.

Ketua Pegawai Eksekutif Al Fateh Terengganu, Che Wan Mohd Faizul Che Wan Yusof berkata, FUTERA Beyond menjadi titik permulaan kepada ekosistem pembangunan bakat kepimpinan belia Terengganu yang dirangka secara berfasa dan berterusan.

IMG-20260217-WA0076.jpg 298.29 KB

Menurut beliau, pada tahun 2025 seramai 320 pelajar telah melalui proses tapisan awal sebelum 113 peserta dipilih mengikuti program intensif tersebut.

“Program ini bukan sekadar kem kepimpinan biasa, sebaliknya ia dirangka sebagai ‘kickoff’ kepada pembinaan pangkalan bakat (talent pool) negeri yang akan menyokong strategi pembangunan jangka panjang Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Program tersebut dilaksanakan oleh Akademi Kepimpinan Al-Fateh (AKAF) dengan kerjasama strategik Yayasan Terengganu (YT) serta Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) bagi memastikan proses pemilihan dan pembangunan peserta berjalan secara tersusun serta berkualiti.

Beliau berkata, bagi segmen sekolah menengah melalui FUTERA Beyond, pembangunan peserta difokuskan kepada tiga komponen utama iaitu God-Consciousness, Strategic Acumen dan Innovative Thinking.

“Pendekatan ini membentuk peserta bukan sahaja cemerlang dari sudut karakter, malah matang dalam pertimbangan serta tindakan,” jelasnya.

IMG-20260217-WA0082.jpg 650.61 KB

Tambah beliau, selain segmen sekolah menengah, FUTERA turut dirangka merangkumi segmen mahasiswa dan belia, belia muda bekerjaya serta tokoh pemimpin muda di setiap kawasan Parlimen melalui pelaksanaan fasa seterusnya seperti FUTERA NEXT dan FUTERA EXEC.

Katanya, pendekatan berstruktur ini memastikan kesinambungan bakat kepimpinan dapat dibina dari peringkat sekolah hingga ke alam kerjaya.

“Kerajaan Negeri Terengganu komited memastikan agenda pembangunan kepimpinan ini terus berkembang secara sistematik dengan penglibatan pelbagai agensi dan rakan strategik, demi melahirkan anak Terengganu yang berwibawa dan bersedia memimpin masyarakat,” katanya.


Tag :

Artikel Berkaitan