Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
GATRET Medan Pertempuran Gasing
Liga GATRET himpun masyarakat bersama. |
Penganjur kejohanan, Omar Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Pok Din, 64, menyatakan pertandingan itu dianjurkan bertujuan menghidupkan semula permainan gasing tradisional Terengganu yang semakin dilupakan.
“Liga ini berlangsung setiap Sabtu bermula Jun lalu dan akan berakhir pada September nanti melibatkan sebanyak 11 pasukan terdiri dari kampung-kampung sekitar Tepoh dan Batu Rakit.
“GATRET yang telah berjalan selama tiga tahun menyaksikan ramai pemain lama ‘turun tangan’ mempertontonkan sukan tradisi ini kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui di Gelanggang Gasing Pasar Kedai Tepoh, baru-baru ini.
Pok Din juga merupakan jurulatih dan pembuat gasing. |
“Mana tidaknya, satu pasukan memerlukan 25 orang pemain terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
“Secara tidak langsung, ia membina jalinan ukhuwah sekali gus menghangatkan suasana setiap kali pertandingan berlangsung,” katanya.
Pok Din turut berharap acara berkenaan dapat diangkat sebagai salah satu tarikan pelancongan negeri berikutan keunikan gasing tradisional itu sendiri.
“Gasing leper atau gasing pangkah Terengganu ini memiliki kelainan tersendiri. Sepanjang saya bermain dalam dunia gasing, gasing bentuk ini tidak dijumpai lagi di negeri lain.
"Malah, dalam Terengganu sendiri hanya masyarakat Tepoh, Batu Rakit dan beberapa kawasan dalam Parlimen Kuala Nerus yang mahir bermain gasing jenis ini,” katanya.
GATRET mengadakan dua perlawanan setiap minggu bermula jam 8.30 pagi sehingga 3.30 petang.
Gasing diletakkan atas pinggan kaca yang berminyak menjadikannya bertahan lebih lama. |