Berita :
Gotong-Royong Bantu Warga Emas OKU Uzur
Gotong-Royong Bantu Warga Emas OKU Uzur
Norekwan Mamat
15 jam yang lepas
190

BESUT, 30 Mac — Semangat kebersamaan jelas terpancar apabila satu program gotong-royong diadakan bagi membersihkan kediaman seorang warga emas yang kini uzur dan tidak mampu berjalan.

Puan Fatimah Jusoh seorang OKU mental, kini  dijaga oleh ahli keluarganya di Kampung Padang Baloh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin berkata, penganjuran program seumpama ini mencerminkan nilai keprihatinan dan semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat.

“Usaha gotong-royong seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban golongan yang memerlukan, malah menjadi contoh terbaik kepada masyarakat untuk terus menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program, hari ini.

Husaimi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program tersebut.

"inilah bukti bahawa perpaduan dan kasih sayang  dalam komuniti kita masih utuh," tambahnya.

Justeru itu, beliau berharap agar inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memastikan kesejahteraan dan kebajikan komuniti setempat terus terpelihara.

Program berkenaan mendapat kerjasama pelbagai agensi dan pertubuhan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Besut, Betis Karat, Muslimat, Ameerah Hulu Besut, Pusat Khidmat Masyarakat Besut dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Baloh.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan