Grand Continental Tawar Promosi Menu Empat Bintang

KUALA TERENGGANU, 23 Januari – Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, Hotel Grand Continental Kuala Terengganu melancarkan promosi bagi menu bertaraf empat bintang.

Senior Pengurus Jualan dan Pemasaran Hotelnya, Norlindawati Hasan berkata, mereka juga membuka servis penghantaran dan kaunter pandu lalu sebagai langkah mengatasi masalah ekonomi sektor perhotelan.

Katanya, antara menu yang mendapat sambutan seperti Mee Kari Yong Tau Foo (harga diskaun RM15), minuman Popcorn Ice Caramel Latte (RM9) dan banyak lagi dengan diskaun sehingga 30 peratus.

“Pihak kami mengambil inisiatif ini bagi memenuhi keperluan mereka yang tidak boleh makan di restoran.

“Industri hotel turut merasakan kesan PKP kedua ini menyebabkan pelanggan luar tidak boleh rentas negeri, oleh itu, kita sendiri akan ambil inisiatif untuk memenuhi keperluan mereka.

“Promosi bermula sejak di hari pertama PKP dijalankan dan setakat ini mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat dalam jarak perkhidmatan iaitu 10KM,” katanya kepada pemberita, kelmarin.

Tambahnya, caj Penghantaran makanan akan dikenakan daripada RM 3.00 hingga RM 5.00 untuk setiap penghantaran yang dibuka pada 11.00 pagi sehingga 5.00 petang.

"Pihak kami turut mengambil perhatian aspek keselamatan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa menjalankan perkhidmatan ini," katanya lagi.

Sementara itu, Norlindawati turut memaklumkan promosi harga promosi bagi bilik standard sehingga 40 peratus atau RM145 sebilik berabnding harga biasa RM240.

Tambahnya, hotel tersebut masih bertahan dari segi saiz dan gaji tenaga pekerja walaupun menghadapi cabaran pkp kedua sejak baru-baru ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh menghubungi talian 09-625 1888 atau layari halaman Facebook Hotel Grand Continental Kuala Terengganu.