KUALA TERENGGANU, 18 Februari – Aroma rempah yang menyengat selera, kuah pekat berempah dan rasa autentik Pantai Timur menjadi taruhan PB Hotel menerusi hidangan istimewa Ramadan tahun ini, Gulai Kawah Daging Umbut Sawit.
Hidangan tradisional yang jarang ditemui ini dimasak secara kawah, menggunakan daging lembu bersama limpa, hati dan paru serta bahan utama iaitu umbut sawit segar, sekali gus menghasilkan rasa lemak, manis dan pedas yang seimbang yang cukup membangkitkan nostalgia masakan kampung ketika berbuka puasa.
Menurut Executive Chef PB Hotel, Mohd Fadzil Ismail
gulai ikonik itu menjadi menu wajib bagi mengangkat warisan kulinari tempatan serta memberi pengalaman berbuka puasa yang berbeza kepada para tetamu.
“Kami mahu tetamu bukan sekadar kenyang, tetapi menikmati pengalaman rasa yang mengimbau tradisi.
" Gulai Kawah Daging Umbut Sawit ini dimasak mengikut resipi asli dan teknik tradisional selama tiga jam menggunakan dapur biasa,” katanya.
Bufet Ramadan itu ditawarkan pada harga RM91 bagi dewasa, RM70 bagi warga emas dan RM49 bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun, menjadikannya pilihan berbaloi untuk keluarga serta kumpulan rakan yang ingin menikmati juadah berbuka dalam suasana selesa.