HIMPUN : 3,000 Anak Muda Konvoi Bersama 3 MB


KUALA NERUS, 22 Ogos - Kehangatan Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) 2019 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak hari ini terserlah apabila lebih 5,000 anak muda dari seluruh Pantai Timur menyertai konvoi motosikal.

Acara yang bermula pada pukul 5.00 petang itu oleh Alternative Riding Club (ARC) mengiringi Menteri Besar Terenganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob dan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Konvoi sejauh 15 kilometer berarak melalui beberapa lokasi iaitu bermula di Hotel Primula, kemudian bergerak merentasi ‘Drawbridge’ dan berakhir di lokasi himpunan 6.00 petang ini.

HIMPUN yang julung-julung kalinya diadakan bakal mencipta sejarah baharu dalam landskap politik tanah air kerana berjaya menghimpunkan ribuan rakyat pantai timur.

Ia juga bakal menterjemahkan gelombang penyatuan ummah khususnya warga pantai timur dalam mendepani cabaran semasa dalam negara.

Program berkenaan turut dihiasi dengan pengisian daripada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus malam ini.

Tag: