HIMPUN : Redah Lebih 200 km Demi Perpaduan Ummah




KUALA NERUS, 22 Ogos - Hampir 400 peserta konvoi yang terdiri dari pemuda PAS Kelantan sanggup meredah hampir 200 kilometer(km) untuk hadir ke program Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, di sini hari ini.

Konvoi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri, Ustaz Mohd Hushaimi Hussian berkata mereka mula bergerak pada jam 2.30 petang tadi dari Tumpat dan selamat tiba di Kuala Terengganu pada jam 5.00 petang.

Katanya, konvoi ini juga dapat meningkatkan lagi semangat patriotik dikalangan anak muda.

Tambahnya lagi, melalui program ini dapat menwujudkan semangat cintakan negara dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan peserta.

Acara yang bermula pada pukul 5.00 petang itu oleh Alternative Riding Club (ARC) mengiringi Menteri Besar Terenganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob dan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Konvoi sejauh 15 kilometer berarak melalui beberapa lokasi iaitu bermula di Hotel Primula, kemudian bergerak merentasi ‘Drawbridge’ dan berakhir di lokasi himpunan 6.00 petang ini.



Tag: