HIMPUN: Solat Buka Medan Penyatuan Tiga Negeri



KUALA NERUS, 22 Ogos - Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) membuka tirai  solat Maghrib berjemaah diketuai Imam Besar Terengganu, Mukhtar Salleh bersama Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ketiga-tiga pemimpin utama negeri pantai timur itu tiba di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, sekitar jam 7.05 petang tadi diiringi konvoi bermotosikal belia Terengganu merentasi mercu baharu, Jambatan Angkat Seberang Takir.

Turut hadir, Datuk Tengku Kaya Perkasa, Pemangku Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan, SUK Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan SUK Terengganu yang baharu dilantik, Dato’ Mohd. Zahari Md. Azahar.

Usai solat, sekitar 30,000 hadirin yang membanjiri lokasi turut disajikan dengan Bicara Murabbi Ummah oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus bersama Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.




Tag: