lightning-solid
Berita :
Hotel Primula Terima Anugerah Majikan Terbaik 2025 KWSP
Hotel Primula Terima Anugerah Majikan Terbaik 2025 KWSP
Mastura Jamal Din
11 jam yang lepas
65

KUALA TERENGGANU, 14 Disember – Primula Beach Hotel menerima Anugerah Majikan Terbaik 2025 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai pengiktirafan terhadap komitmen tinggi pengurusan dalam menjaga kebajikan pekerja  di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus.

Pengurus Besar Primula Beach Hotel, Suaibah Harun berkata, pengiktirafan itu menjadi motivasi untuk terus mengekalkan persekitaran kerja kondusif selain memastikan hak serta masa depan kewangan pekerja sentiasa terjamin.

“Anugerah ini merupakan satu penghormatan besar buat pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Primula Beach Hotel. 

"Ia mencerminkan
komitmen berterusan kami dalam memastikan hak serta kebajikan pekerja sentiasa terpelihara, khususnya dari aspek pematuhan caruman KWSP yang telus dan
berdisiplin.

“Kejayaan ini juga adalah hasil kerjasama semua warga kerja hotel yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

IMG-20251214-WA0036.jpg 176.49 KB
Anugerah berprestij tersebut diberikan sebagai pengiktirafan kepada majikan yang konsisten mematuhi caruman KWSP, mengamalkan tadbir urus sumber manusia yang cemerlang serta meletakkan kebajikan pekerja sebagai keutamaan utama dalam operasi syarikat.

Tambah Suaibah lagi, anugerah itu sekali gus mengukuhkan kedudukan hotel berkenaan sebagai majikan pilihan dalam industri hospitaliti di negeri ini.

Menurutnya, Primula Beach Hotel dinilai cemerlang berdasarkan rekod caruman KWSP bulanan
yang menunjukkan tahap pematuhan tertinggi terhadap perundangan KWSP dari segi rekod caruman yang konsisten, tepat pada masanya serta bebas daripada sebarang isu ketidakpatuhan.


Tag :

Artikel Berkaitan